top of page
Global x TNT Horizontal.png
Global x TNT Horizontal.png

PENGENALAN

International Fitness and BodyBuilding Federation (IFBB) adalah federasi badan antarabangsa yang terbesar di dunia bagi sukan bina badan .Ia juga merupakan tuan rumah bagi pertandingan bina badan tertinggi di peringkat antarabangsa iaitu Joe Weider's Olympia Weekend serta pertandingan kedua tertinggi di dunia iaitu Arnold Sports Festival.

 

Global Classic merupakan platform pertandingan badan antarabangsa yang ditubuhkan oleh Hugo Chan pada tahun 2017. Global Classic berganding bahu bersama IFBB Pro League dan NPC Worldwide untuk mengorganisasi Pertandingan Wilayah (Regional) dan IFBB Pro Qualifier setiap tahun di Asia. Atlet yang terbaik yang memenangi pertandingan berpeluang membawa pulang kad "IFBB Pro" justru menjadi seorang profesional di dalam sukan bina badan . Global Classic bermula daripada Hong Kong dan Macau, dan sejak itu berkembang ke negara-negara lain di Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, dan China.

 

Ditubuhkan oleh Terrence Teo, TNT Fitness, "specialize" dalam melatih atlet sukan bina badan , kini merupakan salah satu Pusat Transformasi Fizik terkemuka di Asia. Terrence Teo telah bersaing sebagai atlet IFBB Pro selama 6 tahun terakhir di dalam kariernya . Beliau telah bersaing dalam lebih 15 pertunjukan Pro di seluruh dunia dari Amerika Syarikat ke Itali, Poland, New Zealand, Romania, Puerto Rico, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Singapura, Thailand, Hong Kong dan banyak lagi. Beliau juga merupakan atlet Malaysia pertama yang bersaing dalam pertandingan badan terkemuka yang paling prestiji - Mr. Olympia, Arnold Classic, dan Masters Olympia. Dengan pengalamannya sebagai atlet sukan bina badan profesional, matlamat seterusnya adalah untuk mengembangkan sukan bina badan di Malaysia ke peringkat antarabangsa.

 

Pada tahun 2024 ini, Global Classic akan bekerjasama dengan TNT Fitness untuk menganjurkan 4 pertunjukan NPC / IFBB Pro League di Malaysia. Ini adalah jumlah pertunjukan paling terbanyak oleh Global Classic yang pernah diadakan di Malaysia!

​

bottom of page